SESI PERKONGSIAN HIGH IMPACT PUBLICATION

Sekumpulan pensyarah Program Teknologi Bahan di bawah bidang Komposit Bahan & Polimer bersama beberapa pensyarah dari Fakulti Industri Asas Tani telah menjemput YBhg. Prof Ir. Dr Mohd Sapuan Salit dari Universiti Putra Malaysia bagi sesi perkongsian "HIGH IMPACT PUBLICATION". Program ini turut disertai oleh pelajar-pelajar pra-siswazah dan pasca-siswazah bagi mendapat ilmu pengetahuan bagaimana untuk menerbitkan di jurnal yang berimpak tinggi.